rasanya, skarang tak ssah nak cari tebaloi..coz time sy pergi ke satu kilang d mukah dulu, sy tgk ia mmg siap dbgkus n dmasukkan dlm kotak untuk dhantar ke kdai2 dan tmpat lain..sy tgk ia sdah pun dpasarkan d mana2 sahaja..kilang2 mbuat tebaloi, tdpat di Mukah.
utk pngetahuan umum, tebaloi diperbuat daripada tepung dan lemantak kelapa sebagai bahan utama..
Bahan-bahan:
2biji telur
700 gm tepung sagu
1 kilo kelapa parut (yg dibuang kulit ari)
500 gm gula
40 gm tepung kunyit (pewarna)
Pukul telur dan gula hingga kembang dan hancur. Masukkan nyiur, tepung sagu, tepung kunyit dan gaul rata dan sebati. Canai adunan diatas daun pisang nipis.
Bakar kali pertama:
bakar selama 4 - 5 minit dengan suhu 350 celcius (separuh masak)
keluarkan dan potong ikut saiz yg digemari.
Bakar kali kedua:
bakar selama 15 minit dengan suhu 180 celcius (kalau belum 15 min dah masak, keluarkan saja dr oven)
sangat menarik tau tgk org mbuat tebaloi.. ada masa, pgi lah mukah yerr,.! :)
No comments:
Post a Comment